Mawi' nyaris maut

Categories:


Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

JOHOR BAHRU: "Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi
masih di dalam rumahnya," kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan
tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi
semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia
terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun
yang masih
tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

"Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus
ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,"
katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina se buah
rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam
kebakaran itu.

Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal
kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu mun cul
juara Akademi Fantasia 3.

Jangan salah kan aku...dah jalan ceritanya macam tu...




Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Mawi' nyaris maut"